Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran membina
perenggan isi murid Tahun 5 Delima menggunakan teknik peta dakap ‘IHK’.
Responden yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada enam orang murid
Tahun 5 Delima Sekolah Kebangsaan Kampar, empat orang responden lelaki dan dua
orang responden perempuan. Fokus kajian ini adalah untuk membantu responden
menguasai kemahiran membina perenggan isi dalam karangan. Tinjauan awal
mendapati bahawa murid mengalami masalah dalam mengembangkan isi karangan.
Instrumen ujian, pemerhatian dan soal selidik digunakan untuk mengumpul data.
Peta dakap ‘IHK’ diperkenalkan kepada responden bagi membantu mereka membina perenggan isi dalam
karangan. Aplikasi teknik ini menunjukkan peningkatan yang positif dan
memberangsangkan kepada semua responden. data yang dikutip menunjukkan murid
menguasai teknik dan dapat membantu murid mengatasi masalah membina perenggan
isi. Penambahbaikan boleh dilakukan dengan membina rangka keseluruhan isi
karangan.
No comments:
Post a Comment