Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran membina
perenggan isi murid Tahun 5 Delima menggunakan teknik peta dakap ‘IHK’.
Responden yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada enam orang murid
Tahun 5 Delima Sekolah Kebangsaan Kampar, empat orang responden lelaki dan dua
orang responden perempuan. Fokus kajian ini adalah untuk membantu responden
menguasai kemahiran membina perenggan isi dalam karangan. Tinjauan awal
mendapati bahawa murid mengalami masalah dalam mengembangkan isi karangan.
Instrumen ujian, pemerhatian dan soal selidik digunakan untuk mengumpul data.
Peta dakap ‘IHK’ diperkenalkan kepada responden bagi membantu mereka membina perenggan isi dalam
karangan. Aplikasi teknik ini menunjukkan peningkatan yang positif dan
memberangsangkan kepada semua responden. data yang dikutip menunjukkan murid
menguasai teknik dan dapat membantu murid mengatasi masalah membina perenggan
isi. Penambahbaikan boleh dilakukan dengan membina rangka keseluruhan isi
karangan.
Saturday, 1 October 2016
Monday, 14 January 2013
KISAH KUPU-KUPU DAN RAMA-RAMA... 13.01.13.
KISAH KUPU-KUPU DAN RAMA-RAMA
Di
sebuah taman yang indah dan permai, tinggal pelbagai jenis seranggan dan haiwan
yang hidup dengan aman dan harmoni. Hidup mereka terkenal dengan sikap
hormat-menghormati antara jiran tetangga. Kehidupan mereka terasing daripada
kehidupan manusia. Mereka tidak perlu risau tentang ancaman-ancaman yang bakal
diterima daripada kehadiran manusia. Namun, terdapat sejenis serangga yang
menjadi perbualan dan teladan kepada hidupan lain, iaitu Kupu-kupu dan
Rama-rama. Mereka terkenal dengan sikap rajin dan ramah mereka. Mereka sama,
tetapi tidak serupa. Inilah keunikan yang menjadi bualan dan perhatian banyak
serangga dan haiwan di taman tersebut. Walaupun mereka berdua hidup dalam
komuniti yang sama, namun mereka tidak pernah bertemu satu sama lain. Rama-rama
bergerak pada waktu malam, manakala Kupu-kupu bergerak pada waktu siang. Mereka
sika akan manisan, terutamanya madu daripada bunga-bungaan dan buah-buahan.
Rama-rama sering kali mendengar perbualan di antara haiwan dan serangga di
dalam taman mengenai keistimewaan dan persamaan Kupu-kupu dengan dirinya. Dia
berasa sangat mushkil dan ingin sekali berjumpa dengan Kupu-kupu. Begitu juga
yang dirasakan oleh Kupu-kupu. Oleh sebab Kupu-kupu aktif pada waktu siang, dia
tidak mempunyai kesempatan untuk berjumpa dengan Rama-rama. Rama-rama juga
mempunyai kesukaran yang sama disebabkan aktif pada waktu malam.
Suatu
hari, Kupu-kupu terdengar perbualan Mawar mengenai Rama-rama. Dia tertarik
untuk turut menyertai perbincangan tersebut. Mawar mengakui bahawa Rama-rama
sering kali mengambil madunya pada waktu malam. Dia juga sering berbual dengan
Rama-rama tatkala banyak haiwan sedang nyenyak dibuai mimpi malam. Mereka
berdua telah menjadi sahabat yang rapat. Kupu-kupu mendapat idea daripada
perbualan yang didengarinya itu. Dia bercadang untuk menjadikan Mawar sebagai
pengantara untuk menyampaikan hajatnya untuk bersahabat dengan Rama-rama. Oleh
itu, setiap pagi, Kupu-kupu akan bertemu dengan Mawar untuk berkongsi cerita
dan pengalaman yang ingin dikongsi bersama Rama-rama. Mawar pula akan
menceritakan semula setiap cerita-cerita tersebut kepada Rama-rama menjelang
malam. Rama-rama yang tertarik dengan cerita-cerita itu mula berminat untuk
mengenali Kupu-kupu dan bersahabat dengannya. Oleh itu, mereka berdua sering
bertukar cerita walaupun tidak pernah bersua muka.
Tanpa
mereka sedari, hampir sebulan mereka bertukar-tukar cerita melalui Mawar.
Persahabatan mereka menjadi semakin akrab hari demi hari. Hubungan mereka sekali
lagi mendapat perhatian banyak serangga dan menjadi topik perbualan utama bagi
mereka. Mereka kagum dengan kesungguhan dan sikap yang ditunjukkan oleh
Kupu-kupu dan Rama-rama. Banyak haiwan yang cemburu dengan persahabatan mereka
yang dianggap unik ini. Suatu pagi, tanpa disedari oleh haiwan dan serangga di
taman tersebut, sekumpulan manusia telah menceroboh masuk ke dalam taman
tersebut. Mereka berniat jahat dan ingin merampas kecantikan dan kedamaian di
taman tersebut. Sikap manusia yang tamak itu telah menyebabkan malapetaka yang
besar menimpa hidupan di sana. Banyak serangga yang mati akibat terhidu gas
beracun yang disembur oleh manusia. Oleh itu, banyak serangga yang lari
menyelamatkan diri daripada dibunuh oleh manusia tersebut. Kupu-kupu teringat
akan nasib Rama-rama. Dia sangat risau akan perihal sahabatnya itu. Entah
selamat, entah tidak. Namun, kawasan Mawar telah menjadi kawasan larangan untuk
serangga dan haiwan melaluinya. Walaupun mengetahui bahaya yang bakal
menimpanya, Kupu-kupu tetap berkeras untuk berjumpa dengan Mawar untuk
menanyakan perkhabaran sahabatnya, Rama-rama.
Malang
tidak berbau. Akibat kecuaian Kupu-kupu, akhirnya dia telah terhidu gas beracun
yang duisembur oleh manusia. Mujur sahaja racun yang dihidu itu tidak meragut
nyawanya. Namun, Kupu-kupu tidak dapat bergerak dan terlantar kesakitan menahan
racun yang tersisa di dalam badannya. Kejadian ini telah sampai ke pengetahuan
rama-rama. Dia berasa sangat risau dan khuatir akan keselamatan sahabatnya itu.
Mawar yang meluhat kejadian tersebut menceritakan peristiwa sebenar yang
berlaku. Rama-rama menjadi sangat marah akan bencana dan huru-hara yang
dilakukan oleh manusia yang tamak tersebut. Dia berasa sangat lemah dan tidak
bermaya kerana tidak dapat membantu sahabatnya. Namun, tekat yang kuat yang ada
dalam diri rama tidak mematikan hasratnya untuk tetap membantu dan mencari
jalan untuk menyelamatkan sahabatnya, Kupu-kupu.
Rama-rama
berjumpa dengan dukun di taman tersebut. Dia cuba untuk menanyakan tentang
penawar yang dapat di berikan kepada sahabatnya agar kembali sembuh. Dukun
tersebut menunjukkan riak wajah yang runsing dan serba salah. Terdapat satu
cara yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan sahabatnya iitu, namun risikonya
sangat besar dan bahaya. Rama-rama perlu mencari madu bunga Orkid Hutan yang
terdapat di dalam sebuah hutan yang tebal dan liar. Hutan tersebut dipenuhi
dengan banyak haiwan dan serangga yang berbahaya. Dukun tersebut tidak
menyarankan agar Rama-rama untuk mencari madu tersebut. Seperti masuk telinga kanan
keluar telinga kiri, Rama-rama tidak menghiraukan amaran yang diberikan oleh
dukun tersebut.
Rama-rama
segera berkemas dengan bekalan-bekalan yang diperlukan dan bersiap untuk pergi
mencari madu tersebut. Rama-rama pergi tanpa memaklumkannya kepada sesiapa pun.
Dia tidak mahu ada yang menghalang perjalanannya kali ini. Dengan tekad dan
semangat yang tinggi, Rama-rama mengginakan segala yang diperolehinya untuk
sampai ke hutan tersebut. Sepanjang perjalanan, pelbagai halangan dan dugaan
yang dihadapi oleh rama-rama. Malah, dia hampir sahaja kehilangan nyawanya
apabila hampir dimakan oleh haiwan-haiwan yang ada di dalam hutan tersebut.
Kekuatan dan semangat yang dibawa menjadikan dia lebih kuat untuk meneruskan
perjalanan demi mencari penawar untuk sahabatnya itu.
Setelah
seharian peneroka hutan, akhirnya dia berjumpa dengan Orkid Hutan yang
dimaksudkan oleh dukun tersebut. Bunganya sangat cantik, madunya pula sangat
enak dan lazat. Ia seolah-olah memberikan kembali tenaga yang terbuang dan
digunakan. Rama-rama menjadi semakin bertenaga dan penuh bersemangat untuk
meneruskan perjalanan. Dengan bekalan madu yang dikira mencukupi untuk
diberikan kepada Kupu-kupu, rama-rama meneruskan perjalanan pulang ke tempat
asalnya. Mawar berasa sangat gembira dan bersyukur setelah melihat kelibat
Rama-rama yang menghilangkan diri sejak mengetahui perihal Kupu-kupu. Dia amat
risau Rama-rama akan membahayakan dirinya untuk menyelamatkan Kupu-kupu. Kini,
madu tersebut bolehlah diberikan kepada Kupu-kupu. Namun, Rama-rama berharap
agar dia dapat memberikan penawar tersebut secara peribadi dan bersemuka dengan
Kupu-kupu. Dengan izin dukun, Rama-rama boleh bertemu Kupu-kupu pada siang
hari. Rama-rama tergamam dan terpegun dengan kecantikan yang dimiliki oleh
Kupu-kupu. Ternyata apa yang dikhabarkan oleh hidupan di taman tentang
Kupu-kupu adalah benar. Tanpa melengahkan masa, rama-rama memberikan penawar
tersebut kepada Kupu-kupu. Dengan izin Tuhan, Kupu-kupu kembali pulis seperti
sedia kala. Dia berasa amat terkejut setelah bertemu Rama-rama. Dia tidap
pernah membayangkan pertemuan ini sama sekali. Setelah sekian lama bersahabat,
akhirnya mereka dapat menjalani kehidupan seharian bersama-sama. Sejak daripada
peristiwa itu, Rama-rama dan Kupu-kupu hidup bersama dan harmoni. Taman mereka
juga terselamat daripada ancaman manusia yang rakus dan tamak.
Sunday, 13 January 2013
SI MURAI DAN MAWAR PUTIH.... 13.01.13.
SI
MURAI DAN MAWAR PUTIH
Di
sebuah hutan yang tebal, tinggal seekor burung murai yang hidup piatu. Aktiviti
hariannya hanya dihabiskan dengan membantu datuknya membina sarang yang
ditempah oleh hidupan di dalam hutan tersebut. Walaupun hampir 5 tahun berhijrah
ke hutan ini, namun bagi Si Murai hutan ini masih asing bagi dirinya. Dia tidak
punya ramai kawan, hanya pelanggan-pelanggan yang berkunjung untuk menempah
sarang sahaja menjadi teman berbual. Suatu hari, Si Murai diarahkan oleh
datuknya untuk masuk ke dalam hutan untuk mencari ranting-ranting dan daun-daun
kering untuk digunakan sebagai bahan membuat sarang. Hal ini sangat asing bagi
dirinya, kerana selama ini pekerja-pekerja datuknyalah yang sering mengisi
kekurangan stok ranting. Namun, disebabkan pekerja-pekerja datuknya mengambil
cuti dan stok yang sedia ada tidak mencukupi untuk tempahan yang diterima, Si
Murai memberanikan dirinya untuk masuk ke dalam hutan.
Sepanjang
perjalanan untuk mencari ranting, Si Murai sering kali berhenti untuk berehat
sehinggalah dia tiba di sebatang sungai yang sungguh jernih, dia bertemu dengan
seekor arnab berwarna kelabu, Si Kelam. Si Kelam sedang menjamu bekalan yang
dibawanya. Tiba-tiba Si Murai berasa lapar. Dia lupa untuk mengambil sarapannya
pagi tadi. Si Murai dengan ramahnya menyapa Si Kelam dan menceritakan tujuan
masing-masing masuk ke dalam hutan. Si Kelam seekor arnab pengembara. Dia telah
masuk ke banyak hutan seorang diri sebelum ini. Hutan ini merupakan hutan ke-11
baginya. Oleh sebab Si Murai masih asing dengan hutan ini dan tidak mempunyai
pengalaman masuk ke dalam hutan, dia memutuskan untuk meminta pertolongan Si
Kelam.
Setelah
seharian meneroka hutan bersama, mereka sampai ke sebuah padang yang luas dan
dipenuhi dengan bunga-bungaan. Si Murai yang kelaparan berasa sangat gembira
melihat bunga-bunga yang tumbuh segar dan penuh dengan madu. Dia tertarik
dengan sekuntum bunga mawar putih yang sungguh cantik. Mawar merah itu agak
terasing daripada pokok-pokok yang lain. Oleh sebab Mawar Putih tinggal seorang
diri, Mawar Putih kelihatan seperti disisihkan daripada mawar merah yang lain.
Si Murai berasa simpati dengan nasib yang menimpa Mawar Putih. Oleh itu, dia
mendekat Mawar Putih dan mengambil madunya. Si Murai tergamam. Madu itu sangat
sedap! Dia tidak pernah merasa madu yang sesedap ini. Tanpa pengetahuan Si
Murai, perbuatannya telah diperhatikan oleh sekumpulan lebah madu. Mereka
sangat menginginkan madu Mawar Putih yang sangan enak itu. Malah, pelbagai
usaha dan ikhtiar yang telah mereka lakukan untuk memperoleh madu tersebut
tetapi tidak berjaya. Hal ini akhirnya sampai ke pengetahuan Ratu Lebah.
Baginda sangat murka dan menitahkan pengikut-pengikutnya yang lain untuk
memanggil Burung Hantu, Si Ahli Sihir. Burung Hantu telah memberikan sejenis racun
dan mengarahkan agar ditaburkan ke atas Mawar Putih untuk mengelakkan Si Murai
daripada terus mengambil madu Mawar Putih itu.
Keesokan
harinya, Si Murai sekali lagi datang menghampiri Mawar Putih untuk mengambil
madu. Namun, Mawar Putih segera melarang dan mengarahkan agar Si Murai mencari
air penawar berdekatan Pokok Ara, Si Raja Hutan. Air penawar itu boleh menjadi
penawar kepada racun yang ada pada Mawar Putih. Oleh sebab kepekaan dan
keprihatinan Mawar Putih, Si Murai dapat mengambil madu tersebut tanpa
mengambil racun yang ada padanya. Si Murai berhutang nyawa dengan Mawar Putih.
Hubungan mereka menjadi semakin rapat. Tanpa disedari, hampir sebulan
merekahidup bersama.
Suatu
hari, Si Murai mendekati Mawar Putih seperti kebiasaannya. Namun, hari ini Si
Murai nekad untuk meluahkan perasaannya kepada Mawar Putih. Tapi sayang, Mawar
Putih sedar hubungan itu tidak akan berhasil. Namun, Si Murai tetap berkeras
untuk menyatakan perasaannya yang begitu mendalam terhadap Mawar Putih. Akhirnya,
Mawar Putih bersetuju untuk menerima perasaan Si Murai dengan satu syarat.
Mawar putih hanya akan bersetuju sekiranya Si Murai boleh menukarkannya menjadi
mawar merah. Hal ini telah sampai ke pengetahuan Ratu Lebah sekali lagi. Kali
ini, Burung Hantu telah diarahkan intuk menyihir Mawar Putih. Disebabkan
sumpahan yang dikenakan oleh Burung Hantu itu, Mawar Putih tidak boleh
lagi menghasilkan madu yang enak dan
akan mati jika tidak ditukarkan menjadi mawar merah.
Si
Murai bersimpati dengan nasib yang menimpa Mawar Putih. Oleh itu, dia telah
segera bertemu dengan Raja Hutan. Sesampainya di sana, Raja Hutan memberikan
perkhabaran yang kurang menggembirakan dan menghampakan. Air penawar tidak
boleh menyembuhkan sihir yang dikenakan ke atas Mawar Putih. Namun, Raja Hutan
menyatakan bahawa Mawar Putih masih boleh diselamatkan sekiranya diberikan
darah oleh insan yang disayanginya. Hal ini telah merunsingkan fikiran Si
Murai. Sepanjang malam dia asyik memikirkan hal yang diberitahu Raja Hutan.
Akhirnya dia telah mengambil keputusan untuk menyelamatkan Mawar Putih walaupun
perlu mengorbankan dirinya. Dia segera menulis dua pucuk surat, satu untuk
diberikan kepada datuknya dan satu lagi kepada Mawar Putih. Surat-surat itu
kemudiannya dititipkan kepada Si Kelam.
Keesokan
harinya, Si Muran menghampiri Mawr
Putih, sama seperti hari-hari sebelumnya. Hari ini dia memberikan perkhabaran
gembira tentang perkara yang boleh menyembuhkan Mawar Putih daripada penyakit
yang dihidapinya. Mawar Putih kelihatan begitu gembira, namun dia masih tidak
mengetahui penawar yang dinyatakan itu bakal mengancam nyawa kekasihnya. Tanpa
melengahkan masa, Si Murai memotong sayapnya dan menebarkan darahnya ke atas
kelopak-kelopak Mawar Putih. Dengan tidak disangka Mawar Putih,
kelopak-kelopaknya telah berubah menjadi merah dan dia dapat kembali
menghasilkan madu yang enak dan digemari banyak serangga. Mawar Putih akhirnya
sedar betapa besarnya cinta dan kasih sayang yang dimiliki oleh Si Murai
terhadapnya. Namun, semua ini telah terlambat. Si Murai terkulai layu tidak
bernyawa lagi kerana kecederaan yang amat serius. Mawar Putih berasa sangat
sedih dan menyesali setiap tingkahnya terhadap Si Murai selama ini. Seperti
yang diarahkan, Si Kelam menyerahkan sirat yang dititipkan oleh Si Murai.
Berita mengenai pengorbanan yang dilakukan oleh Si Murai telah mendapat
perhatian seluruh isi hutan. Ratu Lebah yang turut mendengar perkhabaran ini
juga berasa sangat bersalah dan menyesali perbuatannya yang tamak itu.
Berikutan peristiwa ini, mawar merah dijadikan lambang cinta yang sangat
mendalam lambang cinta Si Murai kepada Mawar Putih.
Wednesday, 9 January 2013
2013
RUPA ATAU PERIBADI..kadang kala, perlu jugak untuk jadi keras kepala, keras hati.. memang terbukti, susah nak fahamkan orang lain dengan apa sekali perkara yang kita buat & putuskan. yang paling penting yang mesti kita ingat, setiap kejadian, sama ada pahit atau pun manis, pasti ada hikmah disebaliknya. kita susah nak tengok keikhlasan orang, macam gitu jugak dgn orang lain. susah nak nampak keikhlasan kita. betul ke seseorang tu berkawan dengan kita secara ikhlas? bukan sebab rupa paras? mungkin setakat nak ambil kesempatan. mungkin jugak diorang tu betul2 ikhlas, kita pulak yang sangka diorang cuma nak main2 dengan kita.
HATI... macam mana nak huraikan tentang hati? yang pasti, hati itu sangat bahaya.terlalu bahaya.
malah mungkin lebih bahaya daripada penjenayah yang paling bahaya dalam dunia ni. betul ke hati perempuan dengan hati lelaki ni berbeza? entah, xmau bias.. mungkin nanti terlalu cenderung kpd perempuan pula. mungkin sbb tu jugak aku takut untuk berurusan dengan hati ni. xde jaminan untuk setia atau dilukai, mungkin juga melukai. hanya pada yang SATU sahaja sudi aku berikan.. ALLAH S.W.T.
RELATIONSHIP... perlu ke hubungan sebelum nikah ni? susah nak percaya, sudah jugak nak mengelak. bagi aku, aku lebih suka ambil pengalaman orang, yes. ak mengaku memang aku takut untuk merasakannya.
banyak kejutan dan misteri di sebalik setiap hubungan. its give us courage to face the future. tapi setiap kekuatan yang ingin kita rasa, tersembunyi kepahitan dan keperitan yang dihadapi sepanjang memiliki kekuatan tu. orang boleh kata, macam mana kita faham diorang sedangkan kita tak pernah rasa dan lalui apa yang diorang rasa dan lalui itu. sakit, sedih, gembira, terasa, cemburu. baru kita tahu mana kawan, mana lawan. subahanallah, sungguh indah ciptaan Allah.
REKA ATAU REALITI...kadang, mungkin sesetengah daripada kita beranggapan kisah dunia realiti ni berbeza daripada kisah2 karangan, dongengan, yg mereka mungkin pernah idam2kan.. ada kalanya, putaran itu berlaku dalam diri kita dan orang sekeliling. xpernah ke kita terlintas, dari mana ilham yang penulis dapat untuk menulis? pengalaman, imaginasi, ikut kekreatifan masing2.
IMAN... dekatkanlah diri ni dengan yang Maha Esa. sesungguhnya dialah teman dan kekasih yang paling setia. mengadulah pada-Nya. kita xakan rugi walau sesaat pun. malah, cinta-Nya masih setia dan mendalam. xde belah bahagi, walaupun ramai yang mendambakan kasih sayang-Nya. janganlah cemburu, sebab semua orang berhak memiliki cinta dan kasih sayang tu. insya Allah, moga kita semua ditempatkan bersama orang2 yg dikasihi dan disayangi Allah dan Rasul. Aminn...

Wednesday, 17 October 2012
Pangkor Island
Assalamualaikum... alhamdulillah, sampai jugak kke bulan Oktober ni, sebulan je lagi nak cuti semester..o__o
awal bulan ni dah ada aktiviti kat IPG. alhamdulillah, 2/10-5/10 yg lepas telah berlangsungnya program Sukan & Rekreasi Siri 1 L1,L4 &L6 di Pantai Pasir Bogak, Pulau Pangkor.. program 4H3M ni memang mmberi kenangan & pengalaman baru yg sangat berharga tok diri & kawan2 semua.. walaupon balik2 kne mengalami proses "membaikpulih" muka2 kami yg telah sunburn setelah terdedah dgn cuaca pantai ni.. jadik, gambar sebelum pergi sne perlulah diambil seberapa banyak yg boleh tok mengenang muka kami yg lama tu,,wakakka..

dah macam nak bercuti, bas pon kenalah bas tok pergi bercuti..O__O
aksi tembak-menembak antara Ju & Mek sebelum berlepas..haha
nak promote cikitlah bas persiaran ni sekejap
bila dah sampai Pantai Pasir Bogak, apa lagi... posing laa ckit
L6 means Lelaki 6,,hahaa,,tpi tertinggal sorg laa,, mahen, where're u???
model sampingan bas persiaran ni,,haha Akka & Zu
cikgu belanda ni siap berposing lagi dengan meriamnya
octopus have many "arms".. ready to fire!!!
model vs cikgu?? bukan,, dua2 sekali..c:
cantik tokong cina ni..$__$
we live in peace..c;
cikgu romina!!!
kontrol ayu semua!!! *__*
ready to fly away!!!
apa tengok2??cikgu marah ni!!! cikgu semua dekat tokong cina!!
1, 2, 3!!
1 more time, please!
wakakaka...
we love gary game!!!
3 jejaka + 3 dara
ahha,,walaupon lambat update post ni,,tpi kenangan pertama kami menjejakkan kaki ke pulau Pngkor ni tetap tersemat rapi di dalam hati ni.. kalau panjang umur, kite jumpe lagi,, dengan aktiviti yang lagi menyeronokkan dan lebih mencabar..
Wednesday, 26 September 2012
o__o meow meow o__o
assalamualaikum... kat sini ramai ke peminat kucing?? ada jugak ke yg takot dgn kucing?? yg minat sgt2 kt kucing ttu cube angkat tgn ckit,, nak tgok muke2 org yg penyayang nii... c:
harini nak cerita psl kucing pulak.. pd yg takot kucing tuu jgn laa segan2 tok bace jgak.. ni tok perkongsian semua, bukan tok peminat2 haiwan kecil yg comel ni jee.. banyak yg menarik pasal kucing ni,, kalau nak dikongsikn ksemuanye mmg lengoh tgan menaip.. kalau nak namakan setiap 1 spesies kucing ni pon ambil masa jugak, sbb terlalu banyak spesies yg wujud di muka bumi ini.. antara baka yg terkenal & biasa kita dengar ialah baka Siam, Parsi, Manx banyak lagi lah...
Terdapat pelbagai baka kucing domestik, ada yang tidak berbulu ataupun ekor, dan mereka wujud dalam beraneka warna yang berlainan dan ada juga mempunyai banyak warna. Mereka adalah pemangsa yang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih dari seribu spesies haiwan lain sebagai makanan. Mereka juga haiwan yang pintar dan ada yang berkebolehan untuk menggunakan mekanisma ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia, seperti yang dijelaskan dibawah. Mereka berhubung dengan mengiau ("meow"/"miaou"), mengeluarkan bunyi 'purrr', berdesis dan juga isyarat anggota. Kucing boleh dikatakan baru lagi dijinakkan, oleh itu kucing juga boleh hidup di kawasan liar dan selalunya mereka akan membentuk satu koloni kecil. Hubungan manusia dan kucing menyebabkan kucing dipuja di dalam dongeng dan legenda dari beberapa bangsa, contohnya Mesir Purba, Viking dan juga Cina.
haiwan seperti singa, harimau, jaguar, cheetah, macam tuu semua dikategorikan di dlm keluarga kucing.. kucing pulak ad yg jinak, ada jugak yg liar.. kucing sejenis mamalia yg memakan karnovor (mkn daging).. itu bagi yg ori laa,, tpi skang ni kucing kt rumah tuu habis semua mknn dibelasahnye..
Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)," [Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].
Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, baginda bersabda, "Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana." Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis."
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, 'Aisyah RA lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah SAW bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling." Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].
Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan Imam Hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, dimana, peluh, bekas dari sisa jilatannya adalah suci.
Nabi Muhammad SAW juga pernah memberi gelaran kepada Abd al-Rahman ibn Sakhr Al-Azdi sebagai "Abu Hurairah" yang beerti "Bapa anak-anak kucing" kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing.
Manakala menurut periwayatan Hadis Nabi didalam Sahih Bukhari Jilid 3, Buku 40, Nombor 552, menerangkan cerita seorang wanita yang telah terkena cakaran oleh seekor kucing dan bagi menghukum kucing itu, wanita tersebut telah bertindak mengurung kucing dalam sangkar penjara dan tidak memberikan kucing tersebut makanan atau minuman. Maka wanita itu dibalas/dihukum oleh Allah dengan buruk atas perbuatan wanita itu.

Di dalam Islam juga sudah disebut tentang kucing.. bagi keluarga sebelah ibu, hampir semua rumah saudara ada kucing,, ahhaha,, dah macam generasi pembela kucing plak.. keluarga belah ayah ramai jugak laa yg bela kucing.. sejak kecil lagi dah kucing ni dah ada kt rumah, mungkin sbb tu lah kami adik beradik sgt sygkn kucing.. nenek pernah cerita, time dlu2 ada sekali tu kucing yg Mak Usu & Ibu bela mati.. dorang gali kubur tok tanam kucing tuu smbil menangis, tpi menangisnye tuu boleh dikategorikan sbg meraung dah.. kami pon dah faham perasaan tu, sbb pernah jugak tanam kucing yg dh mati,, tpi kebiasaanye ibu yg akn tnam, sbb ibu akn jdik org pertama tdpt tau kucing tu mati, jdik cepat2 laa ditanam, sblom kami semua nampak..tup2 kami tau kucing tuu xde kt rumah harituu,, bru laa ibu gtau hal sbenar..
lame dah xbalik rumah,,apa laa khabar kucing2 kt sne,, skang ni mmg susah nk ingat name2 kucing yg ada kt rumah tu,, maklumlah makin ramai penghuni baru yg xsempat disambut kelahirannye oleh tuannye yg sorang ni,, ni laa nasib perantau,,ehheh... kucing kt rumah tu jenis yg keluar masuk (means ada ahli baru, kadang ahli lame mengalah keluar drp rumah tuu..) mcm tu laa style nye slalu.. nak selitkn jugak lah aksi2 comel & nakal dorang tu..
gadis melayu ayu jee tidur
ehem2,,boleh usha?? adoii,, baring xpndai cover
with mummy
sibling
beg pon boleh jadik bantal ka??
kuyu jee mata
mmg riba kami jadik bantal mereka
berdua lebih baik o__o
apa tengok-tengok??? siap jelir lidah lagi
happy family beautiful eyes
sleeping beauty
dah macam mak datin
i'm de king of de world!! what up???
tidur sandar tgn lagi
wink2 ; D
baring-baring
morning ^__^
waaa,,terbeliak xmate??? sekurang2nye xde laa smpai tercabut...kucing ni boleh jadi terapi rehatkn minda yg pling berkesan,, biasenye kt IPG ni, kucing menjdi pelepas rindu saya pd rumah... tiap kali tgok kucing, mesti ingat rumah,, usap2 bulu dorang ni jdik tenang je,, boleh jgak jdik teman nangis..... tapi rommate saya kurang suka kucing,, xpe2..itu hak masing2, kan3?? gambar kt bwh ni plak antara kucing yg ad kt asrama IPG ni
Kucing2 kt IPG ni pon boleh tahan manja jgak,,tpi ad sgelintir yg mencederakn kucing2 yg xberdosa ni..adoii,, ni yg bikin panas,,kalau xsuke tuu, jgn laa smpai nk sepak terajang,,kan3?? ok laa,, ngantok pulak menulis time2 hujan ni... nk tidor sekejap,,korang cucilah mata ngn gmbar2 dorang semua ni.. salam o___o
Subscribe to:
Comments (Atom)

.jpg)