Monday, 14 January 2013

KISAH KUPU-KUPU DAN RAMA-RAMA... 13.01.13.


KISAH KUPU-KUPU DAN RAMA-RAMA

Di sebuah taman yang indah dan permai, tinggal pelbagai jenis seranggan dan haiwan yang hidup dengan aman dan harmoni. Hidup mereka terkenal dengan sikap hormat-menghormati antara jiran tetangga. Kehidupan mereka terasing daripada kehidupan manusia. Mereka tidak perlu risau tentang ancaman-ancaman yang bakal diterima daripada kehadiran manusia. Namun, terdapat sejenis serangga yang menjadi perbualan dan teladan kepada hidupan lain, iaitu Kupu-kupu dan Rama-rama. Mereka terkenal dengan sikap rajin dan ramah mereka. Mereka sama, tetapi tidak serupa. Inilah keunikan yang menjadi bualan dan perhatian banyak serangga dan haiwan di taman tersebut. Walaupun mereka berdua hidup dalam komuniti yang sama, namun mereka tidak pernah bertemu satu sama lain. Rama-rama bergerak pada waktu malam, manakala Kupu-kupu bergerak pada waktu siang. Mereka sika akan manisan, terutamanya madu daripada bunga-bungaan dan buah-buahan. Rama-rama sering kali mendengar perbualan di antara haiwan dan serangga di dalam taman mengenai keistimewaan dan persamaan Kupu-kupu dengan dirinya. Dia berasa sangat mushkil dan ingin sekali berjumpa dengan Kupu-kupu. Begitu juga yang dirasakan oleh Kupu-kupu. Oleh sebab Kupu-kupu aktif pada waktu siang, dia tidak mempunyai kesempatan untuk berjumpa dengan Rama-rama. Rama-rama juga mempunyai kesukaran yang sama disebabkan aktif pada waktu malam.
Suatu hari, Kupu-kupu terdengar perbualan Mawar mengenai Rama-rama. Dia tertarik untuk turut menyertai perbincangan tersebut. Mawar mengakui bahawa Rama-rama sering kali mengambil madunya pada waktu malam. Dia juga sering berbual dengan Rama-rama tatkala banyak haiwan sedang nyenyak dibuai mimpi malam. Mereka berdua telah menjadi sahabat yang rapat. Kupu-kupu mendapat idea daripada perbualan yang didengarinya itu. Dia bercadang untuk menjadikan Mawar sebagai pengantara untuk menyampaikan hajatnya untuk bersahabat dengan Rama-rama. Oleh itu, setiap pagi, Kupu-kupu akan bertemu dengan Mawar untuk berkongsi cerita dan pengalaman yang ingin dikongsi bersama Rama-rama. Mawar pula akan menceritakan semula setiap cerita-cerita tersebut kepada Rama-rama menjelang malam. Rama-rama yang tertarik dengan cerita-cerita itu mula berminat untuk mengenali Kupu-kupu dan bersahabat dengannya. Oleh itu, mereka berdua sering bertukar cerita walaupun tidak pernah bersua muka.
Tanpa mereka sedari, hampir sebulan mereka bertukar-tukar cerita melalui Mawar. Persahabatan mereka menjadi semakin akrab hari demi hari. Hubungan mereka sekali lagi mendapat perhatian banyak serangga dan menjadi topik perbualan utama bagi mereka. Mereka kagum dengan kesungguhan dan sikap yang ditunjukkan oleh Kupu-kupu dan Rama-rama. Banyak haiwan yang cemburu dengan persahabatan mereka yang dianggap unik ini. Suatu pagi, tanpa disedari oleh haiwan dan serangga di taman tersebut, sekumpulan manusia telah menceroboh masuk ke dalam taman tersebut. Mereka berniat jahat dan ingin merampas kecantikan dan kedamaian di taman tersebut. Sikap manusia yang tamak itu telah menyebabkan malapetaka yang besar menimpa hidupan di sana. Banyak serangga yang mati akibat terhidu gas beracun yang disembur oleh manusia. Oleh itu, banyak serangga yang lari menyelamatkan diri daripada dibunuh oleh manusia tersebut. Kupu-kupu teringat akan nasib Rama-rama. Dia sangat risau akan perihal sahabatnya itu. Entah selamat, entah tidak. Namun, kawasan Mawar telah menjadi kawasan larangan untuk serangga dan haiwan melaluinya. Walaupun mengetahui bahaya yang bakal menimpanya, Kupu-kupu tetap berkeras untuk berjumpa dengan Mawar untuk menanyakan perkhabaran sahabatnya, Rama-rama.
Malang tidak berbau. Akibat kecuaian Kupu-kupu, akhirnya dia telah terhidu gas beracun yang duisembur oleh manusia. Mujur sahaja racun yang dihidu itu tidak meragut nyawanya. Namun, Kupu-kupu tidak dapat bergerak dan terlantar kesakitan menahan racun yang tersisa di dalam badannya. Kejadian ini telah sampai ke pengetahuan rama-rama. Dia berasa sangat risau dan khuatir akan keselamatan sahabatnya itu. Mawar yang meluhat kejadian tersebut menceritakan peristiwa sebenar yang berlaku. Rama-rama menjadi sangat marah akan bencana dan huru-hara yang dilakukan oleh manusia yang tamak tersebut. Dia berasa sangat lemah dan tidak bermaya kerana tidak dapat membantu sahabatnya. Namun, tekat yang kuat yang ada dalam diri rama tidak mematikan hasratnya untuk tetap membantu dan mencari jalan untuk menyelamatkan sahabatnya, Kupu-kupu.
Rama-rama berjumpa dengan dukun di taman tersebut. Dia cuba untuk menanyakan tentang penawar yang dapat di berikan kepada sahabatnya agar kembali sembuh. Dukun tersebut menunjukkan riak wajah yang runsing dan serba salah. Terdapat satu cara yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan sahabatnya iitu, namun risikonya sangat besar dan bahaya. Rama-rama perlu mencari madu bunga Orkid Hutan yang terdapat di dalam sebuah hutan yang tebal dan liar. Hutan tersebut dipenuhi dengan banyak haiwan dan serangga yang berbahaya. Dukun tersebut tidak menyarankan agar Rama-rama untuk mencari madu tersebut. Seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri, Rama-rama tidak menghiraukan amaran yang diberikan oleh dukun tersebut.
Rama-rama segera berkemas dengan bekalan-bekalan yang diperlukan dan bersiap untuk pergi mencari madu tersebut. Rama-rama pergi tanpa memaklumkannya kepada sesiapa pun. Dia tidak mahu ada yang menghalang perjalanannya kali ini. Dengan tekad dan semangat yang tinggi, Rama-rama mengginakan segala yang diperolehinya untuk sampai ke hutan tersebut. Sepanjang perjalanan, pelbagai halangan dan dugaan yang dihadapi oleh rama-rama. Malah, dia hampir sahaja kehilangan nyawanya apabila hampir dimakan oleh haiwan-haiwan yang ada di dalam hutan tersebut. Kekuatan dan semangat yang dibawa menjadikan dia lebih kuat untuk meneruskan perjalanan demi mencari penawar untuk sahabatnya itu.
Setelah seharian peneroka hutan, akhirnya dia berjumpa dengan Orkid Hutan yang dimaksudkan oleh dukun tersebut. Bunganya sangat cantik, madunya pula sangat enak dan lazat. Ia seolah-olah memberikan kembali tenaga yang terbuang dan digunakan. Rama-rama menjadi semakin bertenaga dan penuh bersemangat untuk meneruskan perjalanan. Dengan bekalan madu yang dikira mencukupi untuk diberikan kepada Kupu-kupu, rama-rama meneruskan perjalanan pulang ke tempat asalnya. Mawar berasa sangat gembira dan bersyukur setelah melihat kelibat Rama-rama yang menghilangkan diri sejak mengetahui perihal Kupu-kupu. Dia amat risau Rama-rama akan membahayakan dirinya untuk menyelamatkan Kupu-kupu. Kini, madu tersebut bolehlah diberikan kepada Kupu-kupu. Namun, Rama-rama berharap agar dia dapat memberikan penawar tersebut secara peribadi dan bersemuka dengan Kupu-kupu. Dengan izin dukun, Rama-rama boleh bertemu Kupu-kupu pada siang hari. Rama-rama tergamam dan terpegun dengan kecantikan yang dimiliki oleh Kupu-kupu. Ternyata apa yang dikhabarkan oleh hidupan di taman tentang Kupu-kupu adalah benar. Tanpa melengahkan masa, rama-rama memberikan penawar tersebut kepada Kupu-kupu. Dengan izin Tuhan, Kupu-kupu kembali pulis seperti sedia kala. Dia berasa amat terkejut setelah bertemu Rama-rama. Dia tidap pernah membayangkan pertemuan ini sama sekali. Setelah sekian lama bersahabat, akhirnya mereka dapat menjalani kehidupan seharian bersama-sama. Sejak daripada peristiwa itu, Rama-rama dan Kupu-kupu hidup bersama dan harmoni. Taman mereka juga terselamat daripada ancaman manusia yang rakus dan tamak.

Sunday, 13 January 2013

SI MURAI DAN MAWAR PUTIH.... 13.01.13.


SI MURAI DAN MAWAR PUTIH
Di sebuah hutan yang tebal, tinggal seekor burung murai yang hidup piatu. Aktiviti hariannya hanya dihabiskan dengan membantu datuknya membina sarang yang ditempah oleh hidupan di dalam hutan tersebut. Walaupun hampir 5 tahun berhijrah ke hutan ini, namun bagi Si Murai hutan ini masih asing bagi dirinya. Dia tidak punya ramai kawan, hanya pelanggan-pelanggan yang berkunjung untuk menempah sarang sahaja menjadi teman berbual. Suatu hari, Si Murai diarahkan oleh datuknya untuk masuk ke dalam hutan untuk mencari ranting-ranting dan daun-daun kering untuk digunakan sebagai bahan membuat sarang. Hal ini sangat asing bagi dirinya, kerana selama ini pekerja-pekerja datuknyalah yang sering mengisi kekurangan stok ranting. Namun, disebabkan pekerja-pekerja datuknya mengambil cuti dan stok yang sedia ada tidak mencukupi untuk tempahan yang diterima, Si Murai memberanikan dirinya untuk masuk ke dalam hutan.
Sepanjang perjalanan untuk mencari ranting, Si Murai sering kali berhenti untuk berehat sehinggalah dia tiba di sebatang sungai yang sungguh jernih, dia bertemu dengan seekor arnab berwarna kelabu, Si Kelam. Si Kelam sedang menjamu bekalan yang dibawanya. Tiba-tiba Si Murai berasa lapar. Dia lupa untuk mengambil sarapannya pagi tadi. Si Murai dengan ramahnya menyapa Si Kelam dan menceritakan tujuan masing-masing masuk ke dalam hutan. Si Kelam seekor arnab pengembara. Dia telah masuk ke banyak hutan seorang diri sebelum ini. Hutan ini merupakan hutan ke-11 baginya. Oleh sebab Si Murai masih asing dengan hutan ini dan tidak mempunyai pengalaman masuk ke dalam hutan, dia memutuskan untuk meminta pertolongan Si Kelam.
Setelah seharian meneroka hutan bersama, mereka sampai ke sebuah padang yang luas dan dipenuhi dengan bunga-bungaan. Si Murai yang kelaparan berasa sangat gembira melihat bunga-bunga yang tumbuh segar dan penuh dengan madu. Dia tertarik dengan sekuntum bunga mawar putih yang sungguh cantik. Mawar merah itu agak terasing daripada pokok-pokok yang lain. Oleh sebab Mawar Putih tinggal seorang diri, Mawar Putih kelihatan seperti disisihkan daripada mawar merah yang lain. Si Murai berasa simpati dengan nasib yang menimpa Mawar Putih. Oleh itu, dia mendekat Mawar Putih dan mengambil madunya. Si Murai tergamam. Madu itu sangat sedap! Dia tidak pernah merasa madu yang sesedap ini. Tanpa pengetahuan Si Murai, perbuatannya telah diperhatikan oleh sekumpulan lebah madu. Mereka sangat menginginkan madu Mawar Putih yang sangan enak itu. Malah, pelbagai usaha dan ikhtiar yang telah mereka lakukan untuk memperoleh madu tersebut tetapi tidak berjaya. Hal ini akhirnya sampai ke pengetahuan Ratu Lebah. Baginda sangat murka dan menitahkan pengikut-pengikutnya yang lain untuk memanggil Burung Hantu, Si Ahli Sihir. Burung Hantu telah memberikan sejenis racun dan mengarahkan agar ditaburkan ke atas Mawar Putih untuk mengelakkan Si Murai daripada terus mengambil madu Mawar Putih itu.
Keesokan harinya, Si Murai sekali lagi datang menghampiri Mawar Putih untuk mengambil madu. Namun, Mawar Putih segera melarang dan mengarahkan agar Si Murai mencari air penawar berdekatan Pokok Ara, Si Raja Hutan. Air penawar itu boleh menjadi penawar kepada racun yang ada pada Mawar Putih. Oleh sebab kepekaan dan keprihatinan Mawar Putih, Si Murai dapat mengambil madu tersebut tanpa mengambil racun yang ada padanya. Si Murai berhutang nyawa dengan Mawar Putih. Hubungan mereka menjadi semakin rapat. Tanpa disedari, hampir sebulan merekahidup bersama.
Suatu hari, Si Murai mendekati Mawar Putih seperti kebiasaannya. Namun, hari ini Si Murai nekad untuk meluahkan perasaannya kepada Mawar Putih. Tapi sayang, Mawar Putih sedar hubungan itu tidak akan berhasil. Namun, Si Murai tetap berkeras untuk menyatakan perasaannya yang begitu mendalam terhadap Mawar Putih. Akhirnya, Mawar Putih bersetuju untuk menerima perasaan Si Murai dengan satu syarat. Mawar putih hanya akan bersetuju sekiranya Si Murai boleh menukarkannya menjadi mawar merah. Hal ini telah sampai ke pengetahuan Ratu Lebah sekali lagi. Kali ini, Burung Hantu telah diarahkan intuk menyihir Mawar Putih. Disebabkan sumpahan yang dikenakan oleh Burung Hantu itu, Mawar Putih tidak boleh lagi  menghasilkan madu yang enak dan akan mati jika tidak ditukarkan menjadi mawar merah.
Si Murai bersimpati dengan nasib yang menimpa Mawar Putih. Oleh itu, dia telah segera bertemu dengan Raja Hutan. Sesampainya di sana, Raja Hutan memberikan perkhabaran yang kurang menggembirakan dan menghampakan. Air penawar tidak boleh menyembuhkan sihir yang dikenakan ke atas Mawar Putih. Namun, Raja Hutan menyatakan bahawa Mawar Putih masih boleh diselamatkan sekiranya diberikan darah oleh insan yang disayanginya. Hal ini telah merunsingkan fikiran Si Murai. Sepanjang malam dia asyik memikirkan hal yang diberitahu Raja Hutan. Akhirnya dia telah mengambil keputusan untuk menyelamatkan Mawar Putih walaupun perlu mengorbankan dirinya. Dia segera menulis dua pucuk surat, satu untuk diberikan kepada datuknya dan satu lagi kepada Mawar Putih. Surat-surat itu kemudiannya dititipkan kepada Si Kelam.
Keesokan harinya, Si Muran menghampiri  Mawr Putih, sama seperti hari-hari sebelumnya. Hari ini dia memberikan perkhabaran gembira tentang perkara yang boleh menyembuhkan Mawar Putih daripada penyakit yang dihidapinya. Mawar Putih kelihatan begitu gembira, namun dia masih tidak mengetahui penawar yang dinyatakan itu bakal mengancam nyawa kekasihnya. Tanpa melengahkan masa, Si Murai memotong sayapnya dan menebarkan darahnya ke atas kelopak-kelopak Mawar Putih. Dengan tidak disangka Mawar Putih, kelopak-kelopaknya telah berubah menjadi merah dan dia dapat kembali menghasilkan madu yang enak dan digemari banyak serangga. Mawar Putih akhirnya sedar betapa besarnya cinta dan kasih sayang yang dimiliki oleh Si Murai terhadapnya. Namun, semua ini telah terlambat. Si Murai terkulai layu tidak bernyawa lagi kerana kecederaan yang amat serius. Mawar Putih berasa sangat sedih dan menyesali setiap tingkahnya terhadap Si Murai selama ini. Seperti yang diarahkan, Si Kelam menyerahkan sirat yang dititipkan oleh Si Murai. Berita mengenai pengorbanan yang dilakukan oleh Si Murai telah mendapat perhatian seluruh isi hutan. Ratu Lebah yang turut mendengar perkhabaran ini juga berasa sangat bersalah dan menyesali perbuatannya yang tamak itu. Berikutan peristiwa ini, mawar merah dijadikan lambang cinta yang sangat mendalam lambang cinta Si Murai kepada Mawar Putih.

Wednesday, 9 January 2013

2013

RUPA ATAU PERIBADI..kadang kala, perlu jugak untuk jadi keras kepala, keras hati.. memang terbukti, susah nak fahamkan orang lain dengan apa sekali perkara yang kita buat & putuskan. yang paling penting yang mesti kita ingat, setiap kejadian, sama ada pahit atau pun manis, pasti ada hikmah disebaliknya. kita susah nak tengok keikhlasan orang, macam gitu jugak dgn orang lain. susah nak nampak keikhlasan kita. betul ke seseorang tu berkawan dengan kita secara ikhlas? bukan sebab rupa paras? mungkin setakat nak ambil kesempatan. mungkin jugak diorang tu betul2 ikhlas, kita pulak yang sangka diorang cuma nak main2 dengan kita.

HATI... macam mana nak huraikan tentang hati? yang pasti, hati itu sangat bahaya.terlalu bahaya.
malah mungkin lebih bahaya daripada penjenayah yang paling bahaya dalam dunia ni. betul ke hati perempuan dengan hati lelaki ni berbeza? entah, xmau bias.. mungkin nanti terlalu cenderung kpd perempuan pula. mungkin sbb tu jugak aku takut untuk berurusan dengan hati ni. xde jaminan untuk setia atau dilukai, mungkin juga melukai. hanya pada yang SATU sahaja sudi aku berikan.. ALLAH S.W.T.

RELATIONSHIP... perlu ke hubungan sebelum nikah ni? susah nak percaya, sudah jugak nak mengelak. bagi aku, aku lebih suka ambil pengalaman orang, yes. ak mengaku memang aku takut untuk merasakannya.
banyak kejutan dan misteri di sebalik setiap hubungan. its give us courage to face the future. tapi setiap kekuatan yang ingin kita rasa, tersembunyi kepahitan dan keperitan yang dihadapi sepanjang memiliki kekuatan tu. orang boleh kata, macam mana kita faham diorang sedangkan kita tak pernah rasa dan lalui apa yang diorang rasa dan lalui itu. sakit, sedih, gembira, terasa, cemburu. baru kita tahu mana kawan, mana lawan. subahanallah, sungguh indah ciptaan Allah.

REKA ATAU REALITI...kadang, mungkin sesetengah daripada kita beranggapan kisah dunia realiti ni berbeza daripada kisah2 karangan, dongengan, yg mereka mungkin pernah idam2kan.. ada kalanya, putaran itu berlaku dalam diri kita dan orang sekeliling. xpernah ke kita terlintas, dari mana ilham yang penulis dapat untuk menulis? pengalaman, imaginasi, ikut kekreatifan masing2.

IMAN... dekatkanlah diri ni dengan yang Maha Esa. sesungguhnya dialah teman dan kekasih yang paling setia. mengadulah pada-Nya. kita xakan rugi walau sesaat pun. malah, cinta-Nya masih setia dan mendalam. xde belah bahagi, walaupun ramai yang mendambakan kasih sayang-Nya. janganlah cemburu, sebab semua orang berhak memiliki cinta dan kasih sayang tu. insya Allah, moga kita semua ditempatkan bersama orang2 yg dikasihi dan disayangi Allah dan Rasul. Aminn...